BERTINDAK DAN BERJAYA

BERTINDAK DAN BERJAYA DALAM BISNES  BIO-ASLI SATU CATATAN MEMORI

Setahun yang lepas saya sering bertanya kepada diri saya bila lagi saya hendak meningkatkan kualiti pendapatan ? Jika bergantung kepada pendapatan bulanan (makan gaji) jawapannya kais bulan makan bulan itupun boleh juga buat tambahan dari overtime dan setiap tahun berdoa ada kenaikan pangkat atau peningkatan gaji tahunan dan bonus tahunan . Saya percaya ramai yang tergolong seperti  ini .  

September 2006 adalah detik yang mengubah pandangan saya iaitu tanpa mengubah karier juga boleh mencipta pendapatan dari dunia internet . Pertemuan dengan Encik Ishak  Usahawan Industri Kecil dan  Sederhana DESAku semasa balik ke kampung isteri di Sabak Bernam membuka hati saya untuk berusaha dan berjaya di dalam bidang bisnes internet .

Hampir 8 bulan saya masih terkial – kial macam mana nak mulakan dan hanya membeli satu produk untuk test . April 2007 berita Abang Ipar berhenti dalam paksa dari kerja kilang kerana pengambilalihan pengurusan dan pengurangan kakitangan, memberi kesedaran saya perlu bertindak untuk mencari pendapatan kedua sekiranya apa – apa terjadi di Syarikat saya berkerja .  

Maka bisnes Bio-asli ini menjadi pilihan dan semenjak dari itu saya tidak lagi pandang belakang dan pilihan untuk melakukannya adalah pilihan yang tepat .  Dari bisnes inilah saya mula mengenali apa itu blog (belajar dengan student UIA) , Laman web dan lain – lain ilmu berkaitan internet . Belian bahan bacaan berkaitan bisnes internet satu jadi satu kewajipan .  

Mengapa bisnes bio asli menjadi pilihan saya ?  Bagi orang yang  baru bertatih di dalam bisnes internet sudah pasti modal pun ciput , was – was juga nak labur besar kerana gaji bulanan juga terhad . Ilmu dan pengalaman pun terbatas . Nak libat dalam jualan langsung bila lihat harga produk terpaksa lupakan sementara waktu .   

Bio – Asli sesuai bagi jiwa saya khusus bagi yang baru nak bertatih ;-

1) Pendaftaran keahlian percuma 

2) Produk berharga murah (hanya mula dari RM30.00 sahaja)  

3) Urusniaga produk hanya terdapat di dalam internet sahaja .Kini SMS juga boleh digunakan . 

4) Produk IKS Desaku milik bumiputera muslim , tiada yang was – was kebersihan dan jaminan halal .

5) Pelan perkongsian pintar yang menarik ( 20bintang dan worldpool )

 6) Sokongan Syarikat yang aktif dalam iklan di akhbar , TV dan majalah –bukti kesungguhan bisnes Syarikat .

Produk berasaskan minyak kepala dara sudah dapat meningkatkan harga kelapa di pasaran dapat membantu petani pekebun kecil dan penduduk kampung . Kehidupan bapa mertua di Sabak Bernam sebagai petani membuktikan kehidupan kais pagi makan pagi bergantung kepada mengopek kelapa . Jika industri berasaskan minyak kelapa dara ini berjaya maka harga kelapa tidak akan merundum dan dapat bantu tingkat tahap ekonomi petani . Nak bantu wang ringgit tak mampu!! maka menjadi sebahagian pihak yang menjayakan program bisnes ini adalah pilihan yang terbaik pada saya .  

Bersama rangkaian usahawan bio asli secara tidak langsung juga menjadi sebahagian dari rangkaian bisnes berasaskan pertanian – herba . Bukankah pertanian itu satu perniagaan . Tak kan kita hanya nak jadi petani, menjadi pelengkap kepada rangkaian pemasaran hingga kepada pengguna juga pilihan yang ada . Tanpa mengubah karier sedia ada.

Mengimbas kembali perjalanan setahun yang lalu , benar – benar menyedarkan saya perlu bertindak dan mencapai kejayaan . Walaupun kejayaan kini belum boleh diistihar kejayaan yang hebat sekurang – kurangnya saya bertindak dan kini meniti ke arah kejayaan yang saya sasarkan . Bagaimana dengan anda ????. 

Anda jangan khuatir , tidak perlu melalui jalan yang saya ambil , kini saya memudahkan kepada anda yang sudi bertindak untuk berjaya dalam bisnes internet ini . Segala pengalaman , tips dan bimbingan saya berikan kepada semua rangkaian tajaan di bawah Team Kanda . Yang utama adakah anda hendak bertindak untuk berjaya ……… Jika ya daftar hari ini juga bersama www.bio-asli.com/?id=kanda . Pengeras seterusnya lakukan belian bulanan sekurang – kurangnya RM30 sebulan , segala tips ,perancangan bisnes affilite ini dan bahan sokongan bisnes akan diberikan secara e mail kepada anda dari semasa ke semasa  . Jangan khuatir bersama Team Kanda anda tak perlu risau menaja / mempromosi –  Jika nak cepat berjaya hanya cari 5 tajaan dan lakukan belian bulanan serendah RM30 sahaja dan tajaan selebihnya adalah dari penaja anda iaitu Team KANDA . Pihak saya juga menjalankan aktiviti pengiklanan secara berkala , sebaran risalah dan insyallah kini dalam usaha memasarkan di Pasar Malam .

Aktiviti seperti ini membantu anda juga dapat tajaan secara auto sponsor dari penaja . Setiap pendafataran baru menerusi saya akan turun kepada tajaan saya yang aktif . Aktif bermaksud ada buat belian bulanan . Ini bermakna anda tak perlu bersusah payah lagi , paling – paling pun bolehlah cari tajaan 5 tajaan sendiri , tak minat tak apa hanya lakukan belian bulanan sahaja . 

 Mula – mula lakukan bisnes ini letakan matlamat jangka pendek , sederhana dan panjang . Contoh matlamat jangka pendek saya hanya untuk mendapat pulangan komisyen untuk tampung kos sewaan bulanan streamyx dan alhamdulillah tercapai . Ini bermakna saya guna internet secara percuma kerana ditampung dari pulangan bisnes ini . 

 Matlamat Jangka sederhana saya ialah mendaftar menjadi stokis kawasan dalam tahun 2008 . Matlamat Jangka Panjang –  memperolehi pendapatan hingga 4 angka atau lebih . Tidak mustahil kerana ada yang telah berjaya malahan Syarikat Desaku juga akhir – akhir ini aktif dalam pengeluaran produk baru serta pengiklanan . Ini bukti perkembangan bisnes ini tidak boleh dinafikan .  

Anda bagaimana? Tidak ingin bertindak dan berjaya ………………….. Insayallah anda boleh berjaya malahan lebih baik dari saya asalkan anda bertindak .  

 Penghalang kejayaan :-

1)      Sikap negatif menghadapi hidup , tidak mahu bertindak dan biarkan diri hanyut tanpa sebarang matlamat dan sebarang perjuangan .

2)      Membiarkan peluang untuk membangun diri terlepas pergi begitu sahaja .

3)      Menyalahkan pihak lain terhadap nasib diri , menyalahkan kedaan dan suasana .

4)      Pelbagai alasan lain bagi menghalalkan sikap dan pemikiran negatif .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: